Home Ekonomi BNM keluarkan tiga reka bentuk Duit Syiling Peringatan JKR, RISDA dan MCDR
Ekonomi

BNM keluarkan tiga reka bentuk Duit Syiling Peringatan JKR, RISDA dan MCDR

BNM keluarkan tiga reka bentuk Duit Syiling Peringatan JKR, RISDA dan MCDR

PETALING JAYA: BNM Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengeluaran tiga duit syiling peringatan yang berbeza bersempena Ulang Tahun ke-150 Jabatan Kerja Raya (JKR), Ulang Tahun ke-50 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China (MCDR).

BNM berkata, kesemua duit syiling peringatan ini dikeluarkan dalam dua denominasi, iaitu duit Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf) Duit syiling peringatan untuk JKR menampilkan bentuk heksagon yang unik, iaitu yang pertama seumpamanya di Malaysia dan menyerupai bentuk logo JKR.

“Duit syiling tersebut diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 peratus dan mempunyai berat 29.9 gram. Duit syiling ini mempunyai nilai muka RM10 dan didatangkan dengan kotak kayu premium serta akan dijual pada harga RM440 sekeping.

“Duit syiling peringatan untuk RISDA dan MCDR diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 peratus dan mempunyai berat 31 gram.

“Setiap duit syiling mempunyai nilai muka RM10 dan akan dijual pada harga RM330 sekeping. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 1,000 keping bagi setiap reka bentuk duit syiling” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, BNM menjelaskan, duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.) yang diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain dan mempunyai berat 8.5 gram.

“Dengan nilai muka RM1, duit syiling ini akan dijual pada harga RM16.50 sekeping. Kuantiti tempaan adalah 5,000 keping bagi setiap reka bentuk duit syiling.

“Duit-duit syiling peringatan ini akan turut dijual dalam set 2 dalam 1 yang terdiri daripada sekeping duit syiling perak sterling pruf berwarna dan sekeping duit syiling pruf emas Nordic.
Set 2 dalam 1 untuk JKR akan dijual pada harga RM495, manakala Set 2 dalam 1 untuk RISDA dan MCDR akan dijual pada harga RM385 setiap satu.

“Sebanyak 1,000 set tersedia untuk pembelian bagi setiap reka bentuk,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri
Ekonomi

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan...