Home Ekonomi Bank Muamalat lancar Skim "Halal Portfolio Guarentee-i"
Ekonomi

Bank Muamalat lancar Skim "Halal Portfolio Guarentee-i"

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 15 November- Bank Muamalat Malaysia Bhd melancarkan Skim \”Halal Portfolio Guarentee-i\” pertama dengan kerjasama Credit Guarentee Corporation Malaysia Bhd (CGC).

Kerjasama itu bagi menyediakan jaringan keselamatan kewangan yang kukuh kepada perusahaan kecil dan sederhana, PKS.

Menerusi kenyataan, institusi kewangan itu berkata, inisiatif itu akan menawarkan jaminan bagi kemudahan pembiayaan.

Pembiayaan ini yang diberikan kepada PKS yang terlibat dalam perniagaan berkaitan halal bagi memastikan mereka mempunyai akses dana yang mematuhi prinsip Islam.

Dengan dana sebanyak RM70 juta, inisiatif berkenaan diwujudkan secara strategik untuk menawarkan pembiayaan yang mudah diakses.

Inisiatif itu juga memudahkan perniagaan mendapatkan modal yang diperlukan dan pensijilan halal serta pemerolehan aset.

Syarat pembiayaan adalah fleksibel dengan tempoh maksimum sehingga tujuh tahun untuk PKS dan tiga tahun untuk PKS mikro.

Related Articles

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri
Ekonomi

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan...