Saturday , 8 February 2025
Home Ekonomi AEON catat keuntungan bersih RM18.8 juta suku ketiga 2024
Ekonomi

AEON catat keuntungan bersih RM18.8 juta suku ketiga 2024

Keuntungan bersih AEON meningkat lebih 36% berbanding tempoh sama tahun lalu /FOTO AEON

KUALA LUMPUR, 22 November – AEON Co. (M) Bhd mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak RM18.8 juta untuk suku ketiga tahun kewangan 2024.

Menerusi kenyataan, syarikat itu berkata ia meningkat 36.2% daripada RM13.8 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Dalam segmen perniagaan runcit, AEON merekodkan hasil sebanyak RM822.1 juta, iaitu pertumbuhan sebanyak 4.1% berbanding RM789.9 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Peningkatan ini didorong oleh perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi, terutamanya dalam kategori makanan.

Segmen pengurusan hartanah AEON mencatat prestasi cemerlang dengan peningkatan hasil berbanding tempoh sama tahun lalu.

Prestasi ini disokong oleh kadar penghunian yang lebih tinggi, penyewaan strategik yang diperbaharui, serta kejayaan projek pemulihan pusat beli-belah dan penambahbaikan premis.

Melangkah ke hadapan, AEON kekal komited terhadap amalan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) bagi melindungi serta meningkatkan nilai perniagaan.

Related Articles

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan
Ekonomi

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PENINGKATAN gaji minimum boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA:...

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat
Ekonomi

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat

SEORANG pekerja menyusun gelang emas yang dipamerkan di kedai barangan kemas. –...

Ekonomi

Niaga hadapan emas merosot susulan aktiviti pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 6 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia, Dr Mohd Edil Abd...