Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Diasak Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Diasak Aktiviti Pengambilan Untung

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Diasak Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan sejak pertengahan pagi melibatkan kaunter saham berharga rendah dan wajaran tinggi terpilih, diterajui saham produk dan perkhidmatan perindustrian.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun1.53 mata kepada1,516.59 daripada1,518.12 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka1.21 mata lebih rendah pada 1,516.91, dan bergerak dalam julat antara 1,513.39 dan 1,517.59 sepanjang sesi pagi.

Keseluruhan pasaran juga negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak492 berbanding 226. Sebanyak 415 kaunter tidak berubah,1,213 tidak diniagakan dan 20 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.13 bilion unit bernilaiRM730.54 juta.

Maybank Investment Bank dalam nota penyelidikannya berkata tumpuan pasaran kini beralih kepada laporan Pekerjaan Bukan Ladang Amerika Syarikat (AS) yang dijadual diumumkan malam ini, memandangkan sentimen pasaran kekal sensitif terhadap kebimbangan baharu mengenai tarif perdagangan.

Dari sudut teknikal, firma itu menjangkakan FBM KLCI akan bergerak dalam julat 1,510 hingga 1,530 mata hari ini, dengan paras sokongan antara 1,500 hingga 1,440 mata.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Petronas Chemicals merosot 9.0 sen kepada RM3.27, Petronas Dagangan turun 24 sen kepada RM20.90, CelcomDigi susut 4.0 sen kepada RM3.83, Press Metal Aluminium menyusut 5.0 sen kepada RM4.98 dan CIMB turun 4.0 sen kepada RM6.83.

Bagi saham paling aktif, Tanco menambah 1.0 sen kepada RM1.01, manakala MYEG, Reservoir Link Energy dan KPJ kekal tidak berubah masing-masing pada 93 sen, 35.5 sen dan RM2.78. Sementara itu, Signature Alliance Group naik 1.0 sen kepada 71 sen.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –Pasaran getah...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 6 Jun (Livevartha)...