Home Pasaran Bursa Malaysia Dalam Wilayah Positif Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Dalam Wilayah Positif Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Dalam Wilayah Positif Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia dalam wilayah positif semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Khamis, didorong oleh aktiviti belian pada harga rendah yang berterusan dalam kebanyakan saham wajaran tinggi terutama dalam sektor utiliti serta produk dan perkhidmatan pengguna.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.41 peratus atau 6.28 mata kepada 1,514.25 daripada 1,507.97 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 2.73 mata lebih tinggi kepada 1,510.70 dan bergerak antara 1,509.25 dan 1,515.90 sepanjang sesi dagangan pagi.

Keseluruhan pasaran adalah memberangsangkan apabila kaunter untung mendahului kaunter rugi sebanyak 490 berbanding 311 manakala 425 kaunter tidak berubah, 1,130 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.42 bilion unit bernilai RM1.02 bilion.

Maybank Investment Bank dalam nota penyelidikan berkata sektor pembinaan dijangka kekal sebagai tumpuan utama memandangkan ia sedang meneruskan aliran meningkat.

Malah, sektor amanah pelaburan hartanah kekal berdaya tahan walaupun terdapat beberapa aktiviti pengambilan untung semalam.

“Secara teknikal, kami mengunjurkan indeks petunjuk pasaran dalam julat antara 1,495 dan 1,515 mata hari ini, dengan paras sokongan kekal pada 1,500 dan 1,440,” kata bank pelaburan itu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, YTL Corporation meningkat 13 sen kepada RM2.01, YTL Power International naik 21 sen kepada RM3.50, Petronas Chemicals menokok 11 sen kepada RM3.35, MR DIY naik 5.0 sen kepada RM1.60, dan Sime Darby meningkat 3.0 sen kepada RM1.73.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –Pasaran getah...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 6 Jun (Livevartha)...