Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 Mei(Livevartha) –Dolar AS terus mengalami tekanan berikutankebimbangan terhadap tinjauan fiskal Amerika Syarikat (AS), termasuk hutangtinggi dan peningkatandefisit sertaperbelanjaan kerajaan, selain ketegangan perdagangan dan peralihan trend pelaburan global.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kelemahan dolar ketika ini dikaitkan dengan isu yang lebih mendalam dalam ekonomi AS dan bukan hanya disebabkan olehperubahan kadar faedah.
"Kelemahan dolar tidak banyak kaitannya dengan kadar faedah. Malah, perkaitan antara dolar dan hasil Perbendaharaan AS, yang dahulunya kukuh, kini terlebursepenuhnya. Pelabur hilang kepercayaan terhadap dasar AS dan bimbang dengan hutang negara yang semakin meningkat," katanya kepada Livevartha.
Innes berkata faktor utama penurunan dolar ialah trend peralihan pelaburanAsia daripada aset AS yang semakin ketara.
“Asia mula menarik balik pelaburannya yang berjumlah antara US$5 trilion hinggaUS$7 trilion dalam Perbendaharaan AS, menunjukkanperubahan strategik bagaimana Asia melihat aset AS.
"Keyakinan Asia terhadap aset AS semakin pudar, yang menyebabkan tekanan ke atas dolar," katanya.
Innes berkataisu fiskal AS, termasuk kesan daripada langkah pemotongan cukai olehPresiden Donald Trumpberkemungkinan besar akan mengembangkan defisit AS.
"Pemotongan cukai dan peningkatan perbelanjaan di bawah dasar ini memburukkan lagidefisitdan seterusnya memberikan kesan negatif ke atas dolar," katanya.