Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh keyakinan pelabur yang lebih baik terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun selepas sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara keputusan untuk menyekat sebahagian besar tarif import era Trump, kata penganalisis.
Pada8 pagi, mata wang tempatan melonjak kepada 4.2180/2485 berbanding dolar AS daripada 4.2390/2475 pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) merosot di bawah paras100 mata kepada99.278 mata selepasMahkamah Rayuan AS memberikan penangguhan sementara terhadap keputusan Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS yang akan menyekat sebahagian besar tarif import era Trump pada Rabu (waktu AS).
Katanya data ekonomi AS dilihat lemah apabila Tuntutan Pengangguran Awal meningkat melebihi jangkaan kepada 240,000 minggu lepas berbanding anggaran konsensus sebanyak 229,000 manakala Tuntutan Pengangguran Berterusan naik kepada 1.91 juta pada minggu berakhir 17 Mei daripada 1.89 juta pada minggu sebelumnya.
“Selain itu, anggaran kedua bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASpada suku pertama 2025 mencatatkan penguncupan sebanyak 0.2 peratus suku ke suku berdasarkan kadar tahunan yang diselaraskan mengikut musim,lebih baik daripada anggaran pertama -0.3 peratus tetapi lebih rendah daripada pertumbuhan 2.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.
“Trend penyusutan dolar AS dijangka berterusan hari ini, memberi manfaat kepada ringgit,” katanya kepada Livevartha.
Katanya peniaga dan pelabur akan memberi tumpuan kepada data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE).
Konsensus menjangkakan PCE keseluruhan dan PCE teras mencatatkan kadar sederhana, masing-masing sebanyak 2.2 peratus dan 2.5 peratus pada Aprilberbanding 2.3 peratus dan 2.6 peratus pada bulan sebelumnya.