Home Pasaran Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik
Pasaran

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US Setong Didorong Risiko Geopolitik

Gambar fail Livevartha

KUALA LUMPUR, 21 Mei(Livevartha) –Harga minyak dijangka kekal tinggi sekitar US$65 setong, disokong oleh ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah dan ketidakpastian mengenai gencatan senjata antara Ukraine dan Rusia, menurut Rystad Energy.

Naib Presiden Pasaran Komoditinya Priya Walia berkata harga dijangka berlegar sekitar US$65 setong dengan turun naik dalam julat US$5.

“Pasaran sekurang-kurangnya masih belum mengambil kira kemungkinan peningkatan berskala penuh ketegangan antara Israel dan Iran buat masa ini. Walaupun Selat Hormuz menyumbang hampir 26 peratus daripada eksport minyak mentah global melalui laut, para pedagang hanya bertindak balas terhadap risiko gangguan, bukan penutupan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walia berkata permintaan terhadap minyak dijangka meningkat hanya sebanyak 700,000 tong sehari (bpd) pada 2025.

Sebaliknya, bekalan dijangka meningkat sebanyak 2.2 juta tong sehari, dengan negara-negara bukan OPEC+ menyumbang kira-kira 75 peratus daripada pertumbuhan itu. Minyak mentah dan kondensat menyumbang sebanyak 1.8 juta tong sehari daripada jumlah peningkatan bekalan keseluruhan.

Walaupun lebihan menjadi topik utama, Rystad Energy terus melihat imbangan minyak mentah sebagai konstruktif untuk musim panas di Hemisfera Utara. Permintaan minyak mentah oleh loji penapisan dijangka meningkat sebanyak dua juta tong sehari sepanjang musim panas, yang sepatutnyamengetatkan imbangan pasaran.

Selain itu, suhu yang lebih tinggi daripada biasa berkemungkinan mendorong peningkatan permintaan minyak mentah bagi penjanaan tenaga, terutamanya di kawasan yang terjejas akibat gelombang haba.

Iran kekal sebagai pemboleh ubah utama dalam unjuran bekalan. Jika satu perjanjian dicapai, Iran berpotensi menambah 500,000 tong sehari ke pasaran menjelang akhir 2025, dengan peningkatan selanjutnya pada 2026 dan seterusnya, bergantung kepada tahap pelaburan masa hadapan.

“Anggaran semasa menunjukkan bahawa pengeluaran di Iran telah pulih walaupun berdepan sekatan yang berterusan, sebahagian besarnya disebabkan oleh pembelian berterusan dari China,” katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu denganbercampur-campur walaupun...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Kebimbangan Mengenai Tahap Fiskal AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Kebimbangan Mengenai Tahap Fiskal AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit...