Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, seiring dengan peningkatan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Kontrak semerta bulan Mei 2025 meningkat kepadaUS$3,317.20 setiap auns troy daripadaUS$3,244.70 setiap auns troy semalam, manakala kontrak Jun 2025 menokok kepadaUS$3,330.20 setiap auns troy daripadaUS$3,257.50 setiap auns troy.

Kontrak Julai, Ogos dan Oktober 2025 melonjak kepadaUS$3,343.90 setiap auns troy daripadaUS$3,271.20 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan naik kepada 665 lot daripada 477 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 698 kontrak daripada 33 kontrak semalam.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 20 Mei, harga emas fizikal berada padaUS$3,261.55 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US Setong Didorong Risiko Geopolitik
Pasaran

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik

Gambar fail Livevartha KUALA LUMPUR, 21 Mei(Livevartha) –Harga minyak dijangka kekal tinggi...

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu denganbercampur-campur walaupun...

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Kebimbangan Mengenai Tahap Fiskal AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Kebimbangan Mengenai Tahap Fiskal AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit...