Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan bercampur-campur berikutan ketiadaan pemangkin baharu dan seiring prestasi pasaran serantau yang menguncup.
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama turun7.27 mata atau 0.47peratus kepada1,548.87 daripada paras1,556.14 pada akhir dagangan semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka menokok 0.78 mata kepada 1,556.92 dan bergerak turun naik antara 1,545.77 dan 1,561.10 sepanjang sesi dagangan hari ini.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu478 berbanding458 manakala 496 kaunter tidak berubah, 977 tidak diniagakan dan 17 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan berkurangan kepada2.61 bilion unit bernilaiRM1.98 bilion daripada 3.71 bilion unit bernilaiRM2.27 bilion.
Naib Presiden EkuitiRakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun pasaran utama seperti Hong Kong, China dan Jepun mencatat prestasi lebih baik, indeks FBM KLCI sebaliknya susut seiring dengan penurunan pasaran pesat membangun di peringkat serantau.
Beliau berkata pelabur turut mengalihkan tumpuan terhadap pengundiandi Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) berkaitan pembaharuan cukai yang disokong oleh Presiden Donald Trump selain perkembangan mengenai rundingan perdagangan.
“Secara asasnya, prospek jangka sederhana kekal positif dandisokong oleh penilaian menarik selainkeuntungan korporat yang lebih ketaradan keadaan ekonomi yang pulih.