Home Ekonomi MBSB umum kemudahan pembiayaan RM1 bilion dalam sektor aeroangkasa
Ekonomi

MBSB umum kemudahan pembiayaan RM1 bilion dalam sektor aeroangkasa

MBSB umum kemudahan pembiayaan RM1 bilion dalam sektor aeroangkasa

RAFE HANEEF

PETALING JAYA: Kumpulan MBSB mengumumkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM1 bilion bagi mempercepat pertumbuhan sektor aeroangkasa negara.

Pembiayaan tersebut bertujuan menyokong visi nasional seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030, yang diterajui oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan agensinya Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara (NAICO) Malaysia.

MBSM juga menjalinkan kerjasama rapat dengan aeroangkasa di Selangor, Johor dan Negeri Sembilan bagi memastikan sokongan pembiayaan disasarkan kepada kawasan berimpak industri tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Rafe Haneef berkata, aeroangkasa bukan sahaja sektor berteknologi tinggi malah ia mampu memberi impak tinggi kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Ketika Malaysia mengukuhkan peranannya dalam rantaian bekalan global dan membekalkan kepada syarikat pengeluar peralatan asli (OEM) utama, pulangannya kepada ekonomi kita adalah ketara dari penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi hingga nilai eksport.

“Kemudahan RM1 bilion adalah untuk memperluas impak tersebut dengan menyokong pemain industri yang berwawasan dalam bidang pembuatan, reka bentuk dan inovasi,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NAICO Malaysia, Prof. Ts. Shamsul Kamar Abu Samah berkata, industri aeroangkasa Malaysia merupakan salah satu sektor yang mencatatkan hasil terbanyak pada tahun lepas.

“Industri aeroangkasa Malaysia mencatatkan hasil sebanyak RM25.1 bilion pada 2024, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor Pembaikan dan Baik Pulih Menyeluruh (MRO) serta pembuatan.

“Kemudahan RM1 bilion oleh MBSB bank adalah satu dorongan tepat pada masanya, menyokong mandat NAICO di bawah MAIB 2030 dan selaras dengan NIMP 2030 oleh MITI,” ujarnya.

Dana tersebut boleh diakses serta-merta dengan proses kelulusan yang dipermudah dan diselaraskan oleh pasukan pembiayaan komersial dan pembangunan MBSB. – UTUSAN

Related Articles

CBP perkenal produk takaful kemalangan diri atas talian
Ekonomi

CBP perkenal produk takaful kemalangan diri atas talian

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) memperkenalkan produk takaful kemalangan diri iaitu Takaful...

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama
Ekonomi

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama

LEMBAGA Pengarah JPG telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 1.00 sen sesaham bagi...

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata
Ekonomi

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup negatif pada 1,556.14 hari ini, susut 15.61...

PNB bayar agihan pendapatan RM14.5 bilion tahun lalu
Ekonomi

PNB bayar agihan pendapatan RM14.5 bilion tahun lalu

TAN SRI RAJA ARSHAD RAJA TUN UDAPETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB)...