Home Pasaran Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Mei(Livevartha) –Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini susulansentimen berhati-hati terhadap mata wang tempatan itu meskipun dolar AS mencatatkan penurunan ekoran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.2900/2980 berbanding dolar AS daripada paras 4.2795/2870 pada Khamis.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkatadata ekonomi terbaharu AS yang lemah telah memberiharapankadar faedah mungkin akan diturunkan,yang seterusnya memberi kesan terhadap dolar AS.

"Angka Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPP) AS yang lebih rendahtelah mencetuskanharapanRizab Persekutuan AS (Fed) mungkin akan menurunkankadar faedahnya lebih awal daripada jangkaan. Walaupun Fed masih belum mengesahkan sebarang perubahan, pasaran sudah pun mula mengambil kira jangkaan itu," katanya kepada Livevartha.

Beliau berpandangandolar AS yang rendah juga dilihat sebagai sejajar dengan strategi perdagangan Washington, terutamanya dengan Asia, kerana dolar AS yang lebih lemah boleh menjadikan eksport AS lebih berdaya saing dan memberikannya kelebihandalam rundingan dua hala yang sedang berjalan.

"Dengan penurunan hasil sebenar ASdan pelabur mencari pulangan yang lebih baik dipasaran sedang pesat membangun, mata wang seperti ringgit sepatutnya mendapat manfaat daripada perkembangan ini.

"Trend terkini yang masihmenunjukkan dolar AS yang lebih lemahboleh menyokong mata wang serantau, termasuk ringgit, dalam tempoh terdekat," katanya.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Related Articles

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu denganbercampur-campur walaupun...

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan dalam...

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia...