Home Nasional Hospital Medan Malaysia mula beroperasi di Myanmar
Nasional

Hospital Medan Malaysia mula beroperasi di Myanmar

Hospital Medan Malaysia mula beroperasi di Myanmar

Foto FB Angkatan Tentera Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 April – Hospital Medan Malaysia yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Operasi Bantuan Kemanusiaan, Starlight Tiga mula beroperasi hari ini pada pukul 9.50 pagi (waktu Malaysia) di daerah Sagaing, Myanmar salah satu kawasan paling teruk terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.

Markas ATM Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan menerusi kenyataan memaklumkan, hospital tersebut dilengkapi dengan 20 buah katil serta kemudahan lengkap termasuk wad, bilik pembedahan, unit rawatan rapi (ICU), radiologi dan makmal.

Hospital itu turut menawarkan dua kepakaran utama iaitu pembedahan am dan ortopedik.

Majlis pembukaan operasi hospital turut disertai Ketua Menteri Wilayah Sagaing, Myint Naing dan Panglima Biro Operasi Khas Wilayah Yangon, Leftenan Jeneral Thet Pon, yang hadir menyatakan sokongan serta meninjau keperluan tambahan yang mungkin diperlukan oleh pasukan Op Starlight Tiga.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing turut melawat tapak persiapan pengoperasian hospital tersebut sebagai simbolik penghargaan dan komitmen kerajaan Myanmar terhadap bantuan yang disalurkan oleh Malaysia.

Penduduk tempatan juga menzahirkan penghargaan atas inisiatif Malaysia menubuhkan hospital berkenaan yang amat bermakna kepada mereka dalam tempoh pasca bencana.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....