Home Nasional Melaka catat 666 kes penipuan dalam talian, kerugian cecah RM19.5 juta
Nasional

Melaka catat 666 kes penipuan dalam talian, kerugian cecah RM19.5 juta

Melaka catat 666 kes penipuan dalam talian, kerugian cecah RM19.5 juta

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Faitul Nizam Roslan

ALOR GAJAH, 21 April – Melaka mencatatkan 666 kes penipuan dalam talian dengan pecahan 157 kes melalui Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) dan 609 kes yang tidak melalui NSRC setakat Januari hingga 20 April 2025.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Faitul Nizam Roslan berkata, ia melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM19.5 juta.

Kerajaan negeri sedang merangka kertas kerja bagi menambah kempen meningkatkan kesedaran agar orang ramai sentiasa berhati hati dengan penipuan dalam talian.

\”Untuk tahun lepas sahaja 1,325 kea dan jumlah kerugian RM48 juta dalam tempoh sama kes menurun tetapi jumlah kerugian dalam tempoh yang sama. Jadi kita menyeru kepada semua masyarakat untuk lebih sedar dan berhati-hati,\” Faitul Nizam bercakap kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka DUN Rembia, di sini, semalam.

Jelasnya, kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan Melaka Invest untuk mengadakan seminar kesedaran berkaitan penipuan kepada pekerja sektor swasta, berikutan peningkatan kes dalam kalangan pekerja sektor itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....