Home Nasional Tarif AS, P Pinang komited lindung kebajikan pekerja sektor terkesan
Nasional

Tarif AS, P Pinang komited lindung kebajikan pekerja sektor terkesan

Tarif AS, P Pinang komited lindung kebajikan pekerja sektor terkesan

Foto hiasan

BAYAN LEPAS, 17 April- Pulau Pinang kekal komited akan melindungi kebajikan pekerja sektor terkesan susulan pengumuman kenaikan tarif dikenakan Amerika Syarikat AS.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata ia antara perkara yang disuarakan pemain industri dalam sesi meja bulat.

Namun menurut beliau masih terlalu awal untuk membuat sebarang jangkaan walaupun diberikan penangguhan selama 90 hari dan Malaysia masih menunggu rundingan dengan Washington.

\”Yang penting adalah untuk melindung ipara pekerja kita daripada menerima impak hingga mungkin kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

\”Saya fikir perkara ini terlalu awal, jadi kita perlu tunggu untuk melihat impak selepas penangguhan 90 hari. Tiada sesiapa boleh menjangkakan perkara yang akan berlaku. Sememangnya tarif ini akan membawa impak ke seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat sendiri,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 bersama Timbala Ketua Menteri I Pulau Pinang dengan kerjasama agensi-agensi Islam negeri di Pusat Konvensyen Setia SPICE, Bayan Lepas.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Tambahnya, delegasi Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri Malaysia (MITI) diketuai Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan berlepas ke Washington awal minggu depan bagi melakukan rundingan.

Rabu lepas, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumunkan penangguhan selama 90 hari kepada 75 negara termasuk Malaysia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....