Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Ketidaktentuan Global

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 April (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatif ditutuplebih tinggi hari ini, seiring dengankeuntungan di COMEX selepas komoditi itu diperkukuhkan olehketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat,kata seorang penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, bulion itu bersedia untuk memberi impak apabila peniaga melihat emas sebagai perlindungan makro terhadap ketidaktentuan ekonomi.

"Emas tidak sesuai untuk permainan teknikal jangka pendek dan lebih kepada kedudukan strategik memandangkan pasaran sedang menghampiri masa kritikal perang perdagangan semasa, memilih untuk berada pada pihak China atau Amerika Syarikat.

"Dalam konteks ini, logam kuning tersebut berada dalam kedudukan terbaik bagi konflik ekonomi seperti ini," katanya kepada Livevartha.

Pada penutup,bulan semerta April 2025 meningkat kepada US$3,311.60 satu auns troy daripada US$3,237.10 satu auns troy yang disaksikan pada hari Selasa, manakala kontrak Mei 2025 naik kepada US$ 3,322.00 satu auns troy daripada US$3,247.50 satu auns troy sebelum ini.

Jun 2025, Julai 2025, dan Ogos 2025 semuanya menokok kepada US$3,336.70 setiap auns troy berbanding US$3,261.60 satu auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan jatuh kepada 371 lot daripada 730 lot, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 426 kontrak daripada 754 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari 15 April oleh London Bullion Market Association, harga emas fizikal berada pada US$3,219.60 satu auns troy.

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...