Home Pasaran Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Ketika Indeks Dolar AS Meningkat
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Ketika Indeks Dolar AS Meningkat

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Ketika Indeks Dolar AS Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 16 April (Livevartha)–Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah peningkatan kecil Indeks Dolar AS (DXY)kepada 100.215 mata selepas kekal di bawah paras 100 mata dalam beberapa hari sebelum ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keadaan itu didorong oleh sentimen berhati-hati pasaran susulan ketidaktentuan berterusan mengenai dasar tarif AS.

Setakat 8 pagi ini,ringgit berada pada 4.4100/4200 berbanding dolar AS, berbanding penutupan Selasa pada 4.4100/4155.

Beliau berkata hala tuju dasar tarif AS itu masih celarudengan tiada petunjuk jelas sama ada China akan tunduk kepada tekanan AS untuk memulakan rundingan dalam senario perang perdagangan ketika ini.

“Prestasi niaga hadapan ekuiti AS yang negatif juga menunjukkan potensi pendapatan korporat yang lebih lemah di masa akan datang yang berkemungkinan disebabkan oleh impak tarif ke atas China.

“Memandangkan DXY lebih kukuh, gandingan dolar AS-ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.41 hingga 4.42 pada hari ini," katanya kepada Livevartha.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain, termasukmeningkat berbanding euro kepada 4.9815/9928 daripada 4.9996/5.0059 semalam.

Ringgit juga meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0818/0890 daripada 3.0852/0895 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.8353/8485 daripada 5.8366/8439.

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Ketika Indeks Dolar AS Meningkat
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...