Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Tarif AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Tarif AS

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Tarif AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 2 April (Livevartha) –Ringgit ditutup rendah berbandingdolar AShari ini di tengah-tengahkebimbangan parapeniaga dan pelabur terhadap pengumuman tarif timbal balik oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit menyusutkepada 4.4510/4565 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4330/4355 pada Jumaat minggu lepas.

Pasaran mata wang Malaysia ditutup pada Isnin dan Selasa minggu ini sempena cuti umum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata butiran terperinci tarif itu akan dikaji denganteliti kerana ini akan menentukan kesan daripada perang perdagangan tersebut.

“Namun belum dapat dipastikanbagaimana langkah sedemikian boleh menetapkan semula perdagangan global memandangkan kerumitan rantaian bekalan global kerana ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk mengalihkan semula pengeluaran kembali ke AS.

"Peralihan sedemikian boleh mengakibatkan pertumbuhan global yang lebih perlahan kerana setakat ini, data tinjauan seperti perniagaan dan sentimen pengguna telah agak lemah," katanya kepada Livevartha.

Menurut Mohd Afzanizam, Gabenor Bank of Japan Kazuo Ueda telahpun memberi amaran kepada penggubal undang-undang Jepun bahawa tarif AS akan memberi kesan yang besar kepada perdagangan global.

“Berikutan ini, sentimen pasaran mata wang dijangka kekal terkawal dan mata wang selamat seperti dolar AS akan pilihan biasa dalamkalangan peniaga untuk mengelakkan turun naik yang berlebihan,” katanya.

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...