Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Teruskan Aliran Menurun
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Teruskan Aliran Menurun

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Teruskan Aliran Menurun

David Ng

Dr Sathia Varqa

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Livevartha) –Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivativesmeneruskan aliran menurun hari ini dairpada Jumaat lepas dalam persekitaran kebimbangan terhadap permintaan eksport yang rendah susulan kenaikan harga komoditi itu baru-baru ini, kata seorang peniaga sawit David Ng.

Ng berkata harga minyak kacang soya yang lebih rendah turut menyumbang kepada sentimen lebih lemah dalam pasaran minyak sawit.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,150 satu tan dan paras rintangan pada RM4,380 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM mencecah paras terendah dalam tempoh tujuh minggu apabila peniaga menumpukan perhatian kepada prospek pengeluaran yang meningkat dan penurunan eksport untuk bulan kelima berturut-turut.

Beliau berkata trend ini meningkatkan prospek paras stokakhir bulan Mac yang lebih tinggi selepas penurunan bulan kelima secara beterusan.

Pada penutup dagangan, kontrakApril 2025 turun RM62 kepadaRM4,589 satu tan, Mei2025 merosotRM75 kepadaRM4,432 danJun2025 jatuhRM70 kepadaRM4,305,Julai2025 menguncupRM62 kepadaRM4,198, Ogos2025 merosotRM52 kepadaRM4,125, manakalaSeptember 2025 susutRM42 to RM4,083.

Jumlah dagangan meningkat kepada 86,568lot daripada 76,908pada penutupan Jumaat, manakala kepentingan terbuka terbuka berkurangankepada 256,661kontrak daripada 256,932sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan jatuh RM80 kepada RM4,400 setan metrik.

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...