Home Nasional Perlis perkasa pembudayaan al-Quran dalam kalangan rakyatnya
Nasional

Perlis perkasa pembudayaan al-Quran dalam kalangan rakyatnya

Perlis perkasa pembudayaan al-Quran dalam kalangan rakyatnya

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

KANGAR, 26 Februari – Semua pihak terutamanya jentera kerajaan hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti kearah pembudayaan dan penghayatan kandungan al-Quran dalam setiap peringkat lapisan masyarakat.

Penekanan terhadap ajaran al-Quran diharap dapat membentuk rakyat Perlis yang bertamadun dan hidup dalam lembayung keredaan-Nya.

Ini kerana ilmu al-Quran bersifat maju dan sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman, selari dengan keperluan semasa.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, al-Quran adalah kitab suci terakhir yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan sarat dengan pedoman dan panduan hidup untuk seluruh umat manusia sepanjang zaman.

Baginda bertitah agar menzalimi membaca, menghafaz, mempelajari, mendalami dan menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian agar ia menjadi suatu budaya dalam masyarakat di negeri ini.

\”Agensi-agensi agama, masjid-masjid, sekolah-sekolah hendaklah memainkan peranan aktif dalam mempromosikan pembelajaran dan penghayatan al-Quran. Dengan kerjasama ini, kita dapat memastikan bahawa pendidikan al-Quran disediakan dengan sistematik dan menyeluruh, merangkumi semua lapisan masyarakat. Program-program komuniti yang melibatkan pembelajaran dan penghayatan al-Quran hendaklah diperkukuhkan,\” titah Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Baginda bertitah pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian HadiahTilawahdan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri di Dewan Warisan, di sini.

Johan Qari bagiTilawahAl-Quran disandang oleh Muhammad Anas Abdul Hadi manakala Johan Qariah disandang oleh Siti Aishah Md Arif. Kedua-dua peserta bakal mewakili negeri Perlis ke MajlisTilawahAl-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Perlis mulai 27 April hingga 2 Mei 2025.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, diiringiRaja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....