Home Nasional UMNO, BN Sabah kekal perjuang nasib rakyat
Nasional

UMNO, BN Sabah kekal perjuang nasib rakyat

UMNO, BN Sabah kekal perjuang nasib rakyat

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) menaikkan bendera UMNO pada majlis sambutan ulang tahun UMNO Sabah ke-34 di Kompleks Sukan Tawau/ BERNAMA

TAWAU, 23 Februari- UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih kukuh dan kekal relevan dalam memperjuangkan nasib rakyat di negeri Sabah selain masih mampu melakar lebih banyak perubahan selepas 34 tahun mengembangkan sayap ke negeri itu.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tanggapan pelbagai pihak yang mendakwa parti itu di Sabah semakin lemah dan akan terkubur adalah tidak benar.

Sebaliknya UMNO dan BN Sabah terbukti masih kuat dan diterima rakyat negeri itu selain menerima pertambahan sokongan padu daripada akar umbi.

Beliau memberi jaminan bahawa parti itu terus kekal dengan perjuangan berpaksikan kepentingan rakyat.

\”Insya-Allah kalau rakyat Sabah rindu kepada Barisan Nasional (BN), kalau rakyat sabah rindu kepada UMNO apabila ada pilihan raya akan datang ini saya yakin kerinduan itu akan terubat semula.

\”Sebagai Timbalan Perdana Menteri saya tetap akan usulkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa lebih banyak kemajuan di Sabah seperti yang pernah dilakukan sebelum ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama merasmikan Ulang Tahun UMNO Sabah ke-34 tahun di sini.

Dalam pada itu beliau turut mempercayai amanah yang diberikan kepada Datuk Seri Pangliam Bung Moktar Radin untuk memimpin UMNO Sabah.

Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Agung BNDatuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....