Home Nasional Lelaki kumpul dana implan tempurung kepala jalani pembedahan 25 Feb ini
Nasional

Lelaki kumpul dana implan tempurung kepala jalani pembedahan 25 Feb ini

Lelaki kumpul dana implan tempurung kepala jalani pembedahan 25 Feb ini

Dr Taufiq ketika mengunjungi Muhammad Sufi di rumahnya di Taman Jitra Indah

JITRA, 21 Februari – Lelaki yang kisahnya tular mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepalanyaakan menjalani pembedahan tersebut pada 25 Februari ini.

Pembedahan Muhammad Sufi Abdul Aziz 36, sepatutnya pada 9 Mac depan dan prosedur itu telah dipercepatkan.

Beliau menzahirkan rasa syukurdan terharu atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi sumbangan sebanyak RM15,000 untuk pembedahan serta terhadap masyarakat yang banyak menempah daging salai dan berazam untuk memperkembangkan perniagaan itu kelak.

\”Resepi \”Mat Salleh Smoke\” saya buat sendiri di rumah dan masak. Dengan sokongan dariapada rakan-rakan saya akan teruskan perniagaan ini,\” katanya ketika ditemui di rumahnyadi Taman Jitra Indah.

Buat masa ini beliau terpaksa menghentikan tempahan daging salai yang banyak daripada orang ramai selepas dimaklumkan pembedahan pemasangan berkenaan dijadualkan semula di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Terdahulu beliau menerima menerima kunjungan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari yang turut menghulurkan sumbangan RM5,000 selain barangan keperluan harian.

\”Saya bersama pasukan saya turut menyampaikansedikit sumbangan untuk menampung kos-kos lain, kita akan terus berhubung untuk melihat apa lagi yang diperlukannya selepas rawatan,\” kata Dr Taufiq.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....