Home Nasional Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan
Nasional

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Februari- Jemaah menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam pentadbiran kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook juga mengingatkan jemaah menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI yang benar-benar mengangkat suara dan kehendak rakyat.

\”Saya tegaskan bahawa marcapada hari ini termasuk situasi geopolitik dan teknologi, menuntut mana-mana kerajaan untuk bergerak pantas dan berubah agar terus kekal relevan dan berfungsi dengan baik kepada seluruh lapisan masyarakat,\” katanya menerusi hantaran itu.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menyampaikan amanat berkenaan sempena Permukiman Kerajaan MADANI 2025 selama dua hari di Bangi, Selangor dalam usaha memastikan kesinambungan perancangan yang diatur bergerak lancar.

Selain memastikan corak hala tuju negara dicapai dengan penuh berhemah dan bijaksana.

Permukiman itu dilihat akan membuka ruang sinergi dalam kalangan jemaah menteri untuk bersama-sama menambah baik, mengutarakan idea lebih segar dan merangka prakarsa yang strategik khususnya kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....