Home Nasional Bahrain EDB sedia bantu pelaburan Malaysia di Asia Barat – PM
Nasional

Bahrain EDB sedia bantu pelaburan Malaysia di Asia Barat – PM

Bahrain EDB sedia bantu pelaburan Malaysia di Asia Barat – PM

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

MANAMA, 20 Februari- Pembangunan Ekonomi Bahrain (Bahrain EDB) bersedia menjadi pemudah cara bagi syarikat Malaysia yang ingin melabur di Bahrain serta berfungsi sebagai penghubung dengan negara-negara Asia Barat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dipersetujui dalam perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bahrain EDB Noor Binti Ali AlKhulaif di Manama, Bahrain hari ini.

Menurut beliau, pertemuan sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur itu turut membincangkan kerjasama baharu yang boleh diusahakan antara kedua-dua negara.

Antara yang dibincangkan termasuk pengalaman Bahrain dalam mengendalikan mata wang kripto, yang boleh menjadi rujukan kepada Malaysia dalam bidang ini.

Dalam perkembangan lain, Anwar menegaskan undangan menyampaikan ucapan pada sesi utama Persidangan Dialog Intra-Islam (IIDC) pada Rabu merupakan pengiktirafan terhadap peranan signifikan Malaysia di pentas dunia Islam.

Beliau berkata peluang berkongsi pandangan di hadapan lebih 400 ulama dan cendekiawan Islam dunia dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyeru kepada semangat \’convivencia\’ atau kewujudan bersama meskipun terdapat perbezaan pendapat.

“Apabila ulama berani dan tegas menegur umat, menegur ulama yang melampau serta kerajaan yang tidak mematuhi semangat ini, ia mencerminkan keupayaan golongan ulama dan elit yang boleh kita banggakan,\” katanya pada sidang media selepas mengakhiri lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota Sheikh Salman Hamad Al Khalifa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....