Home Nasional Tabung Umrah ANGKASA bantu rancang tunai ibadah secara sistematik
Nasional

Tabung Umrah ANGKASA bantu rancang tunai ibadah secara sistematik

Tabung Umrah ANGKASA bantu rancang tunai ibadah secara sistematik

Dr. Muhamad Razak Idris 

PUTRAJAYA, 21 Februari- Peluncuran Tabung Umrah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bukan sekadar membantu perancangan menunaikan ibadah umrah dengan sistematik malah menjadi platform untuk menangani kes-kes penipuan pakej umrah yang berlaku saban tahun.

Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Dr. Muhamad Razak Idrisberkata keupayaan ANGKASA dan MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) menguruskan dana secara profesional dan telus serta kolaborasi dengan syarikat pengendali umrah berlesen mampu meyakinkan peserta untuk menabung secara berterusan dan teratur.

\”Inisiatif Tabung Umrah Angkasa ini akan menjadi platform dalam menangani kes-kes penipuan pakej umrah yang sering dilaporkan di media.

\”Saya yakin profesionalisme yang dimiliki oleh Angkasa tidak akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang akan menjejaskan integritiinstitusi penting ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Peluncuran Tabung Umrah ANGKASA mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar di sini.

Hampir 1,800 majikan dan pekerja sektor awam serta swasta yang berdaftar bawah sistem potongan gaji Angkasa (SPGA) menjadi sasaran utama inisiatif tersebut termasuk individu muslim.

Menerusi kemudahan sistem itu peserta boleh menabung secara konsisten dengan pilihan deposit yang fleksibel.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....