Home Nasional Kediaman dijilat api, ragut nyawa seorang warga emas serta dua cucu
Nasional

Kediaman dijilat api, ragut nyawa seorang warga emas serta dua cucu

Kediaman dijilat api, ragut nyawa seorang warga emas serta dua cucu

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan memadamkan kebakaran di Lazenda Villa Dua, Kerupang

LABUAN, 20 Februari- Seorang datuk dan dua orang cucunya maut dalam kebakaran di Lazenda Villa Dua, Kerupang tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Hamizi Halim berkata mangsa ialah seorang warga emas 65 tahun, bersama dua cucunya yang merupakan adik beradik berumur lapan dan 11 tahun maut dalam kejadian itu.

Manakala dua lagi kanak-kanak berusia 13 dan 12 tahun turut mengalami kecederaan berhubung kebakaran berkenaan.

Sementara itu empat ahli keluarga lain terdiri daripada pak cik dan mak cik mangsa masing-masing berusia 35 dan 32 tahun, serta seorang wanita warga emas dan bayi berusia setahun selamat pada kejadian itu.

Ketika kejadian kesemuanya berjaya meloloskan diri ke bahagian bumbung rumah berhampiran, hasil bantuan orang awam.

Rumah jenis kekal berkeluasan 400 kaki persegi itu musnah dalam kebakaran tersebut.

Bagaimanapun Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan berjaya mengawal kebakaran itu sekitar pukul 2.22 pagi.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan sedang dijalankan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....