Home Nasional PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Nasional

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini tengah malam tadi, untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa./ Foto RTM

MANAMA, 19 Februari-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Manama bagi lawatan rasminya ke Bahrain.

Pesawat khas yang membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain pada pukul 12.45 tengah malam waktu tempatan, disambut Menteri Luar Bahrain, Dr Abdullatif Rashid Al Zayani; Timbalan Gabenor Muharraq, Brigedier Jeneral Jassim Mohammed Al Ghattam; Duta Bahrain ke Malaysia, Dr Waleed Khalifa Al Manea serta Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Shazryll Zahiran.

Datuk Seri Anwar diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan serta pegawai kanan kerajaan.

Beliau turut disambut dengan kawalan kehormatan di lapangan terbang berkenaan.

Ini adalah kunjungan pertama beliau ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota, Sheikh Salman Hamad al-Khalifa yang juga Perdana Menteri Bahrain.

Perdana Menteri dijadual mengadakan kunjungan hormat menghadap rakan sejawatnya dan menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut akan bertemu dengan rakan sejawatnya Shaikh Salman Khalifa Al Khalifa, bagi membincangkan peluang kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Bahrain.

Perdana Menteri turut dijadual menyampaikan ucapan di Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC) sebelum bertemu diaspora Malaysia di Bahrain.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....