Saturday , 22 February 2025
Home Nasional PGA gagalkan cubaan seludup 88,000 biji kelapa
Nasional

PGA gagalkan cubaan seludup 88,000 biji kelapa

PGA gagalkan cubaan seludup 88,000 biji kelapa

Foto FB PGA Briged Tenggara

KOTA BHARU, 19 Februari – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, di sini pada Isnin.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata lima lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 43 tahun, terdiri daripada pemandu dan kelindan treler yang dipercayai menjadi penghantar kelapa ke negara jiran, turut ditahan.

Menurutnya, penahanan dan rampasan itu dilakukan oleh anggota Batalion 7 PGA kira-kira jam 12.30 tengah hari menerusi Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan pada treler dan kawasan stor menemukan hampir 88,000 biji kelapa tanpa dokumen dan lesen pembelian yang sah,” katanya menerusi kenyataan.

Nik Ros Azhan berkata kelapa dan treler yang dirampas dianggarkan bernilai RM2.13 juta dan kes kini disiasat di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965.

Related Articles

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen Ramadan, Syawal
Nasional

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen Ramadan, Syawal

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 21 Februari- TikTok LIVE Malaysia bersedia membawa semangat...

UPMKB, BDA optimis tangani isu pengurusan sisa makanan
Nasional

UPMKB, BDA optimis tangani isu pengurusan sisa makanan

Pengarah UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini (tiga dari kanan) bersama Timbalan...

Komuniti Kampung Titi Tinggi Hulu ternak lembu fidlot manfaatkan dana SejaTi MADANI
Nasional

Komuniti Kampung Titi Tinggi Hulu ternak lembu fidlot manfaatkan dana SejaTi MADANI

Pelancaran Program Penternakan Lembut Fidlot di Kampung Titi Tinggi Hulu TITI TINGGI,...

Selangor berhasrat tambah kediaman pelajar di Mesir
Nasional

Selangor berhasrat tambah kediaman pelajar di Mesir

Datuk Seri Amirudin ShariSHAH ALAM, 21 Februari- Selangor berhasrat menambah penempatan pelajar...