Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Isu PPRS, stadium e-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Isu PPRS, stadium e-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini

Isu PPRS, stadium e-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 19 Februari – Isu Projek Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS), stadium e-sukan baharu dan tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF), antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) bertanyakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sama ada kementerian bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS, supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan yang memerlukan pada sesi soal jawab.

Pada sesi sama, Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) pula meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan status peruntukan RM20 juta dalam Belanjawan 2025 bagi pemerkasaan e-sukan.

Beliau juga ingin tahu adakah kementerian telah mengenal pasti lokasi pembinaan stadium e-sukan baharu di seluruh negara dengan kerjasama E-Sport Integrated dalam memacu pembangunan ekosistem serta bakat e-sukan.

Turut menarik perhatian, soalan berhubung pendirian semasa kerajaan dalam memuktamadkan hala tuju struktur tadbir sistem pembayaran tol MLFF dan status terbaharu rundingan bersama syarikat konsesi lebuh raya mengenai pelaksanaan MLFF itu.

Perkara itu akan dibangkitkan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) kepada Menteri Kerja Raya.

Usai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan sesi penggulungan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh menteri daripada setiap kementerian.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac.-BERNAMA

Related Articles

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen Ramadan, Syawal
Nasional

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen Ramadan, Syawal

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 21 Februari- TikTok LIVE Malaysia bersedia membawa semangat...

UPMKB, BDA optimis tangani isu pengurusan sisa makanan
Nasional

UPMKB, BDA optimis tangani isu pengurusan sisa makanan

Pengarah UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini (tiga dari kanan) bersama Timbalan...

Komuniti Kampung Titi Tinggi Hulu ternak lembu fidlot manfaatkan dana SejaTi MADANI
Nasional

Komuniti Kampung Titi Tinggi Hulu ternak lembu fidlot manfaatkan dana SejaTi MADANI

Pelancaran Program Penternakan Lembut Fidlot di Kampung Titi Tinggi Hulu TITI TINGGI,...

Selangor berhasrat tambah kediaman pelajar di Mesir
Nasional

Selangor berhasrat tambah kediaman pelajar di Mesir

Datuk Seri Amirudin ShariSHAH ALAM, 21 Februari- Selangor berhasrat menambah penempatan pelajar...