Home Pasaran Pasaran Getah KL Akhiri Minggu Ini Dengan Paras Tinggi
Pasaran

Pasaran Getah KL Akhiri Minggu Ini Dengan Paras Tinggi

Pasaran Getah KL Akhiri Minggu Ini Dengan Paras Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Feb(Livevartha) — Pasaran getahKuala Lumpur mengakhiri minggu ini dengan sentimen positif, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut diperkukuh oleh kenaikan niaga hadapan getah Shanghai dalam kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli disebabkan hujan lebat yang dijangka melanda negara-negara pengeluar utama.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang baharu dengan ketidakpastian mengenai dasar AS,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, niaga hadapan getah Jepun merosot pada Jumaatapabila kebimbangan mengenai bekalan daripada pengeluar utama Thailanddiatasi oleh yen yang lebih kukuh dan permintaan yang rendah berikutan perang perdagangan China-AS.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan bahawa pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik 9.5sen kepada 890.0sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 1.5sen kepada 689.0 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 16 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Geopolitik

Oleh Karina Imran and Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 16 Jun...