Wednesday , 12 March 2025
Home Pasaran Sentimen Elak Risiko Asak Bursa Malaysia Ditutup Susut 0.21 Peratus
Pasaran

Sentimen Elak Risiko Asak Bursa Malaysia Ditutup Susut 0.21 Peratus

Sentimen Elak Risiko Asak Bursa Malaysia Ditutup Susut 0.21 Peratus

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 3 Feb(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama Februari pada Isnin dengan lebih rendah, diasak sentimen mengelak risiko yang ketara di pasaran susulan tindakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif baharu.

Pada jam 5 petang, indeks petunjukutamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.29 mata atau 0.21 peratus kepada1,553.63 daripada paras 1,556.92 yang dicatatkan pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu memulakan dagangan dengan susut 9.36 mata pada 1,547.56, malah bergerakmencecah paras rendah 1,546.68 pada sesi pagi sebelum kembali meningkat sehingga 1,556.74 dalam sesi tengah hari.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu589 berbanding 385 manakala 429 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 2,294 tidak diniagakan manakala 15 lain digantung dagangannya.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata Rumah Putih masih belum mengumumkan butiran terperinci mengenai rancangan mengenakan tarif itu yang hanya mencetuskan lagi ketidaktentuan berhubung aspek skop serta tempoh berkaitan.

“Kekaburan mengenai perkara itu hanya meningkatkan lagi kebimbangan mengenai bagaimana serta sejauh mana tarif ini akan dikuatkuasakan. Pasaran misalnya amat sensitif dengan kejutan dan ketidaktentuan dasar sedemikian yang tidak hanya memberi tekanan ke atas ekuiti AS tetapi juga di pasaran modal global dengan memburukkan lagi sentimen negatif itu,” katanya.

Beliau berkatapasaran terbukti memberi reaksi pantas yang didorong oleh peningkatan mengelak risiko yang ketara.

“Bagaimanapun, kami mengekalkan pandangan bahawa AS akan terus bergantung kepada Asia untuk memasarkan produk-produknya,” katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Kelembapan Ekonomi AS
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Kelembapan Ekonomi AS

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Livevartha)– Bursa Malaysia meneruskan trend penurunan, dibuka rendah...

Tekanan Jualan Asak Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Tekanan Jualan Asak Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Livevartha)– Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari...

Ringgit Dibuka Kukuh Didorong Jangkaan Tinggi Terhadap Penurunan Kadar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Kukuh Didorong Jangkaan Tinggi Terhadap Penurunan Kadar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 10 Mac(Livevartha) — Ringgitdibuka kukuh berbanding...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Eksport Yang Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Eksport Yang Lemah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 10 Mac (Livevartha) –Niaga hadapan...