Home Pasaran Belian Semasa Harga Rendah Dijangka Pacu Bursa Malaysia Minggu Depan
Pasaran

Belian Semasa Harga Rendah Dijangka Pacu Bursa Malaysia Minggu Depan

Belian Semasa Harga Rendah Dijangka Pacu Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan aktiviti perdagangan, didorong oleh sentimen lebih baik di pasaran serantau dan global berikutan pelabur bersiap sedia untuk membeli saham berharga rendah selepas musim perayaan, kata penganalisis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran tempatan menyaksikan dagangan kecil ketika minggu dagangan singkat dan dijangka kembali aktif pada minggu akan datang.

"Indeks petunjuk pasaran kekal menghampiri zon terlebih jual walaupun terdapat peningkatan pada Jumaat. Oleh itu, kami menjangkakan belian semasa harga rendah akan berlaku minggu depan.

"Penilaian adalah berpatutan, dengan nisbah harga kepada pendapatan di bawah 14 kali berbanding purata lima tahun iaitu kira-kira 17 kali," katanya kepada Livevartha sambil memaklumkan indeks utama dijangka bergerak dalam lingkungan 1,550 dan 1,580 pada minggu hadapan.

Bagi minggu baru berakhir, FBM KLCI kebanyakannya berkecenderungan rendah, dipengaruhi oleh prestasi perlahan di Wall Street berikutan kemunculan model kecerdasan buatan DeepSeek China, yang telah memberi kesan kepada sektor teknologi di samping sentimen berhati-hati ketika musim perayaan.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI merosot 16.81 mata kepada 1,556.92 berbanding 1,573.73 minggu lepas.

Indeks FBM Emas rendah 151.88 mata kepada 11,883.71, Indeks FBMT 100 merosot 149.62 mata kepada 11,575.90 dan Indeks FBM Emas Syariah menyusut 177.74 mata kepada 11,737.14.

Indeks FBM ACE merosot 15.46 mata kepada 5,195.07 manakala Indeks FBM 70 berkurangan 319.33 mata kepada 17,587.02.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 16 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Geopolitik

Oleh Karina Imran and Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 16 Jun...