Home Pasaran Pasaran Getah Dijangka Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Stabil Minggu Depan

Pasaran Getah Dijangka Stabil Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 1 Feb(Livevartha) — Harga pasaran getah dijangka diniagakan stabil pada minggu depan, dengan dinamik bekalan dan permintaan saling mengimbangi disebabkan hujan berterusan di negara pengeluar getah dan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, kata pakar industriDenis Low.

Beliau berkata berdasarkan penggunaan semasa,akan berlaku aktiviti pembelian dan penyimpanan stok secara berkala.

"Harga dijangka kekal mendatar dengan kecenderungan untuk meningkat terutamanya disebabkan cuaca luar biasa di kawasan pengeluar getah yang akan menjejaskan pengeluaran getah dalam tempoh ini," katanya kepada Livevartha.

Mengikut ramalan Jabatan MeteorologiThailand (TMD), Low berkata terdapat jangkaan penurunan suhu yang ketara di seluruh Thailand, terutamanya di kawasan timur laut.

Beliau berkata apabila monsunAsia Tenggara semakin meningkat ia akan membawa hujan di bahagian selatan dan suhu yang lebih sejuk beserta angin kencang di kawasan utara.

"TMD menasihatkan penduduk supaya menjaga kesihatan berikutan cuaca yang semakin sejuk.

"Pengeluaran getah akan terus terjejas akibat hujan lebat, yang berpotensi menyebabkan kekurangan bekalan," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga menjangkakan pasaran getah diniagakan dengan trend menurun secara mingguan disebabkan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau yang bertindak balas terhadap prestasi ekonomi Amerika Syarikat dan Chinayang tidak seimbang.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 16 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Geopolitik

Oleh Karina Imran and Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 16 Jun...