Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Tinggi Susulan Jangkaan Pengeluaran Rendah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Tinggi Susulan Jangkaan Pengeluaran Rendah

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Tinggi Susulan Jangkaan Pengeluaran Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Livevartha) — Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Isnin berikutan jangkaan pengeluaran yang rendah, kata peniaga minyak sawitDavid Ng.

Beliau berkata apabila permintaan terhadap MSM meningkat, pembeli akan bersaing untuk mendapatkan bekalan yang terhad, sekali gus menjadikan harga melonjak lebih tinggi.

“Kami mengesan parassokonganpada RM4,200 satu tan dan paras rintangan pada RM4,350 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2025 meningkat RM21 kepada RM4,509 satutan, Mac 2025 kekal pada RM4,350 satu tan, manakalaApril 2025 dan Jun 2025 masing-masing naik RM2kepada RM4,218 dan RM4,054 satu tan.

Kontrak Mei 2025 naikRM7 kepadaRM4,117 satu tan, manakala Julai2025 susutRM10 kepadaRM4,015 satu tan.

Jumlah dagangan turun lebih separuh kepada51,195lot daripada 108,617 lot ketika ditutup pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka merosotkepada 219,343 kontrak daripada222,762 kontrak.

Harga MSM fizikal bagiFebruari Selatan meningkat RM50 kepada RM4,600 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 16 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Geopolitik

Oleh Karina Imran and Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 16 Jun...