Home Pasaran Pasaran Niaga Hadapan Emas Lengang Susulan Kebimbangan Dasar Tarif AS Reda
Pasaran

Pasaran Niaga Hadapan Emas Lengang Susulan Kebimbangan Dasar Tarif AS Reda

Pasaran Niaga Hadapan Emas Lengang Susulan Kebimbangan Dasar Tarif AS Reda

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan dalam keadaan lengang selepas melonjak baru-baru ini, apabila kebimbangan mengenai dasar tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semakin reda.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ramai pelabur kini yakin tarif yang dikenakan mungkin tidak sekeras yang dijangkakan pada awalnya.

Beliau berkata tumpuan pasaran semakin beralih kepada data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) yang akan dikeluarkan minggu depan.

“Jika pada 0.2 peratus atau lebih rendah daripada itu, ini mungkin menandakan permulaan kitaran inflasi baharu yang lebih rendah, berpotensi mempengaruhi perubahan panduan Rizab Persekutuan AS (Fed) ke arah pendirian kadar faedah rendah, seterusnya ini dijangka positif bagi emas,” katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, Innes berkata angka inflasi yang mungkin lebih tinggi boleh mengubah dasar Fed untuk cenderung kepada kadar faedah tinggi, sekali gus meningkatkan ketidaktentuan yang ketika ini mencetuskan perdebatan dalam pasaran.

Selain itu, rancangan tarif Trump yang masih belum selesai menyebabkan pelabur masihmengambil sikap berhati-hati, menjadikan prospek emas bergantung terutamanya kepada naratif ekonomi dan politik yang sedang berlaku ketika ini, katanya.

Kontrak semerta Januari 2025 turun kepada US$2,743.50 setiap auns troy daripada US$2,760.20 setiap auns troy pada Rabu manakala Februari susut kepada US$2,752.50 daripada US$2,769.10 setiap auns troy.

Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 masing-masing ditutup rendah kepada US$2,762.90 daripada US$2,777.20 setiap auns troy semalam.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 16 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Geopolitik

Oleh Karina Imran and Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 16 Jun...