Wednesday , 22 January 2025
Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah Berterusan
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah Berterusan

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah Berterusan

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Livevartha) — Aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan memacu Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi hari ini, meskipun pendirian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (AS) terhadap dasar tarif yang baharu masih belum ditentukan.

Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.12 mata mewakili 0.52 peratus kepada1,580.46, terutamanya dipacu oleh saham sektor perkhidmatan dan produk perindustrian serta utiliti.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.57 mata lebih tinggi pada1,574.91 berbanding1,572.34 ketika ditutup pada Isnin.

Lingkungan pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 661 berbanding 378, manakala 505 kaunter tidak berubah, 825 tidak diniagakan dan sembilan digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada3.42 bilion unit bernilaiRM2.61 bilion berbanding2.95 bilion unit bernilaiRM2.45 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata pasaran terus pulih selepas penurunan ketara minggu lepas.

Selain itu, beliau berkata arahan Trump agarmengkaji ketidakseimbangan perdagangan terlebih dahulu memberikan sedikit harapan bahawa pentadbirannya mungkin akan melaksanakan tarif yang lebih ringan.

Bagaimanapun, ia terlalu awal untuk menilai langkah Trump yang seterusnya.

Pada hari pertama pentadbirannya, Trump mengarahkan agar pentadbirannya mengkaji semula amalan perdagangan yang tidak seimbang di seluruh dunia serta memastikan Beijing mematuhi perjanjian perdagangan sebelum ini, sebelum melaksanakan tarif baharu, terutamanya terhadap China.

Related Articles

Minat Belian Ketara, Bursa Malaysia Meningkat Sedikit Pada Sesi Awal
Pasaran

Minat Belian Ketara, Bursa Malaysia Meningkat Sedikit Pada Sesi Awal

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 21 Jan (Livevartha)–Bursa Malaysia mencatat peningkatan kecil...

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Dalam Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 21 Jan(Livevartha) — Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Selepas Ucapan Sulung Trump
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Selepas Ucapan Sulung Trump

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Karina Imran KUALA LUMPUR, 21 Jan...

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Livevartha) –Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah...