Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Ekonomi negara dijangka berkembang enam peratus tahun depan
Ekonomi

Ekonomi negara dijangka berkembang enam peratus tahun depan

Ekonomi negara dijangka berkembang enam peratus tahun depan

EKONOMI Malaysia dianggar berkembang 5.1 peratus tahun lalu. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih kukuh sehingga mencecah enam peratus pada 2025 berbanding 5.2 peratus dari Januari hingga September tahun ini.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Nuradli Ridz­wan Shah Mohd. Dali berkata, jangkaan pertumbuhan itu disokong peningkatan yang kukuh bagi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Selain itu katanya, peningkatan pendapatan isi rumah dan gaji minimum selain pasaran pekerja yang positif turut menyumbang kepada angka berkenaan.

“Kadar pertumbuhan bagi sektor eksport juga perlu dikekalkan sebagaimana tahun ini dan adalah lebih baik jika berlaku peningkatan sebagaimana tahun 2022 yang semestinya memberi limpahan positif.

“Namun ia juga bergantung kepada kitaran global. Begitu juga dengan sektor PKS yang mesti terus disokng daripada segi peningkatan produktiviti. Walau apapun kita berharap banyak
sektor yang terus mendukung ke arah pertumbuhan khusus dalam sektor perindustrian,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Tambah Nuradli Ridz­wan Shah, beliau turut menjangkakan akan berlaku kenaikan terhadap barangan tertentu selepas pelaksanaan subsidi petrol dan juga kenaikan tarif baharu elektrik iaitu 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ).

“Saya berharap kadar inflasi berada pada tahap antara dua peratus dan tidak melebihi tiga peratus dengan kadar sederhana walaupun adanya kenaikan dalam beberapa perkara,” jelasnya.

Dalam pada itu, Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dijangka berlaku secara beransur-ansur bermula pada suku tahun pertama 2025.

Menurutnya, ia berikutan perluasan kadar cukai perkhidmatan dan jualan (SST) yang merangkumi perkhidmatan tambahan dan barangan bukan keperluan.

“Bermula Januari rakyat akan mula merasai kenaikan harga barangan tertentu bergantung kepada jenis dan kesannya pula bergantung kepada corak pembelian pengguna.

“Sesetengah barang boleh dielakkan daripada kenaikan tersebut. Peniaga melihat pengguna mempunyai kuasa beli yang lebih dan mereka pastinya menaikkan harga dengan alasan terpaksa membayar gaji lebih, kos overhead selain peningkatan kos belian barang premium yang diimport serta barang-barang tersenarai bawah perluasan SST,” jelasnya. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...