Home Pasaran Bursa Malaysia Meningkat Semula Didorong Momentum Belian Berterusan
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Semula Didorong Momentum Belian Berterusan

Bursa Malaysia Meningkat Semula Didorong Momentum Belian Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan(Livevartha) — Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semuladan dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini, disokong oleh momentum belian yang berterusan walaupun prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.60 mata kepada 1,580.06 daripada 1,576.46 semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 5.87 mata kepada 1,582.33.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 132 berbanding 113 manakala 277 kaunter tidak berubah, 1,853 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 90.37 juta unit bernilai RM52.24 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi Wall Street bercampur-campur untuk hari kedua berikutan jualan saham teknologi yang berterusan walaupun Indeks Harga Pengeluar AS lebih rendah daripada jangkaan.

Beliau berkata peniaga kini memberi tumpuan kepada data Indeks Harga Pengguna AS hari ini.

Dalam negara, Thong berkata jualan lewat pada sesi penutup dagangan semalam adalah mengejutkan dan mungkin didorong oleh dana asing.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Meningkat Semula Didorong Momentum Belian Berterusan
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...