Home Nasional RTM perkenal saluran khas ASEAN di RTMKlik
Nasional

RTM perkenal saluran khas ASEAN di RTMKlik

RTM perkenal saluran khas ASEAN di RTMKlik

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi platform RTMKlik memperkenalkan saluran khas RTM ASEAN sempena Mesyuarat Pemimpin ASEAN dan Pemukiman Malaysia 2025 / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 15 Januari – Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi platform RTMKlik memperkenalkan saluran khas RTM ASEAN sempena Mesyuarat Pemimpin ASEAN dan Pemukiman Malaysia 2025.

Langkah itu bertujuan meningkatkan pengalaman pengguna dengan ciri-ciri baharu yang lebih interaktif dan inklusif.

Saluran tersebut menawarkan penstriman langsung yang disokong oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menyediakan transkripsi dan sari kata tertutup dalam lapan bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Thai, Tagalog, Vietnam, dan Arab.

Pengguna boleh menonton siaran langsung melalui pemain video pelbagai bahasa RTMKlik, yang membolehkan tontonan dalam bahasa pilihan dari mana-mana lokasi di seluruh dunia.

“Perkhidmatan ini bertujuan memastikan keterangkuman dan kebolehcapaian untuk semua pihak, termasuk delegasi dan pasukan editorial,” menurut RTM menerusi kenyataan.

Penstriman langsung akan berlangsung setiap hari dari pukul 8:30 malam hingga 12 tengah malam Waktu Piawai Malaysia (MST).

Orang ramai boleh mengakses saluran khas tersebut dengan melayari laman web https://rtmklik.rtm.gov.my/live/rtmasean atau melalui imbasan kod QR yang disediakan.

1501 RTMKLIK RTM ASEAN CIRI BAHARU 2Kod QRsaluran khas RTM ASEAN

Related Articles

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa
Nasional

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa

Rumah dipercayai milik seorang individu dikenali sebagai Joseph Jong Ngian ChongKUCHING, 3...

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto
Nasional

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto

FOTO FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang
Nasional

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang

FOTO BERNAMAKUCHING, 2 Februari- Situasi banjir di Sarawak menunjukkan sedikit perkembangan positif...

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Nasional

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan

Foto hiasan KOTA KINABALU, 2 Februari- Seramai687,031 pengguna elektrik berdaftar di Sabah...