Home Nasional PM puas hati kesediaan kerjasama antara UK-Malaysia
Nasional

PM puas hati kesediaan kerjasama antara UK-Malaysia

PM puas hati kesediaan kerjasama antara UK-Malaysia

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

LONDON, 16 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar berpuas hati dengan pertemuan bersama rakan sejawatnya Keir Starmer apabila kerajaan United Kingdom (UK) sedia bekerjasama dengan Malaysia dalam memperkukuh hubungan dua hala.

Kedua-dua pemimpin juga bersedia untuk mencari jalan penyelesaian berikutan konflik di Gaza termasuk mempercepat proses gencatan senjata.

\”Kami berpeluang berbincang empat mata untuk memperkembangkan hubungan antara kedua-dua negara, meliputi pelbagai aspek.

\”Kami juga membincangkan penyelesaian masalah di Gaza termasuk gencatan senjata,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar pejabat Perdana Menteri United Kingdom di sini.

Beliau turut memaklumkan bahawa Starmer diberikan penjelasan berkenaan Kepengerusian ASEAN di Malaysia pada tahun ini.

Selain itu, hasil perbincangan dalam pertemuan dua pemimpin berkenaan akan diteliti menteri pengiring yang hadir.

Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut merupakan satu peluang memberansangkan selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata pertemuan itu dilihat penting ketika Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN 2025.

\”Pertemuan ini merupakan potensi besar untuk kerjasama.Saya amat bersemangat untuk berbincang dengan anda mengenai keutamaan dan idea-idea anda.

\”Terima kasih banyak atas pelaburan dan komitmen yang telah anda tunjukkan dalam kerjasama ini,\” katanya.

Menurut Starmer UK dan Malaysia mempunyai hubungan rapat dan bersejarah selain mengalu-alukan syarikat-syarikat Malaysia melabur di negara itu.

Related Articles

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa
Nasional

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa

Rumah dipercayai milik seorang individu dikenali sebagai Joseph Jong Ngian ChongKUCHING, 3...

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto
Nasional

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto

FOTO FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang
Nasional

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang

FOTO BERNAMAKUCHING, 2 Februari- Situasi banjir di Sarawak menunjukkan sedikit perkembangan positif...

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Nasional

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan

Foto hiasan KOTA KINABALU, 2 Februari- Seramai687,031 pengguna elektrik berdaftar di Sabah...