Saturday , 18 January 2025
Home Pasaran Harga Purata MSM Malaysia Naik 9.7 Peratus Kepada RM4,179.50 Satu Tan Pada 2024
Pasaran

Harga Purata MSM Malaysia Naik 9.7 Peratus Kepada RM4,179.50 Satu Tan Pada 2024

Harga Purata MSM Malaysia Naik 9.7 Peratus Kepada RM4,179.50 Satu Tan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 14 Jan(Livevartha) — Harga purata minyak sawit mentah (MSM) melonjak 9.7 peratus kepadaRM4,179.50 satu tan tahun lepas daripadaRM3,809.50 satu tan pada 2023, kata Menteri Perladangan dan KomoditiDatuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata selain itu, harga purata MSM bulanan mencecah kemuncaknya padaRM5,119.50 satu tan pada Disember 2024 manakala harga purata harian memuncak padaRM5,333.50 satu tan pada 6 Dis, 2024.

"Lonjakan ini meningkatkan jumlah hasil eksport produksawit dengan ketara sebanyak 15.1 peratus kepadaRM109.3 bilion pada 2024 berbandingRM94.9 bilion pada 2023," katanya ketika merasmikan Seminar Tinjauan dan Pandangan Ekonomi Minyak Sawit 2025 di sini hari ini.

Ucapan beliau dibacakan oleh TimbalannyaDatuk Chan Foong Hin.

Johari dalam pada itu berkata jumlah eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit pada 2024 meningkat kepada26.66 juta tan berbanding kepada24.49 juta tan pada 2023, naik sebanyak 8.9 peratus atau 2.17 juta tan.

Antara enam pengeksport utama produk minyak sawit Malaysia ialah India, China, Kesatuan Eropah, Kenya, Turkiye dan Filipina, dengan jumlah nilai eksport sebanyak8.57 juta tan atau50.7 peratus daripada keseluruhan eksport minyak sawit Malaysia bagi 2024.

Beliau berkata industri minyak sawit Malaysia menghasilkan 19.3 juta tan minyak sawit mentah pada 2024, lonjakan sebanyak 4.2 peratus berbanding 18.55 juta tan pada 2023.

Prospek industri minyak sawit Malaysia kekal positif, berikutan bekalan dan permintaan kekal stabil dengan jangkaan pemulihan terhadap kekurangan tenaga buruh.

Sementara itu, menurut satu kenyataan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bekerjasama dengan kedutaan Belanda dan Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia untuk melancarkan program National Initiative for Sustainable and Climate-smart Oil Palm Smallholders 2 (NISCOPS 2).

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Sedikit Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jan(Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Jangka Pengambilan Untung Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Jangka Pengambilan Untung Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jan(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Diniagakan Sekitar 4.50 Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Sekitar 4.50 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 18 Jan (Livevartha) –Ringgit dijangka diniagakan...

Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah Dijangka Sokong FBM KLCI Minggu Depan
Pasaran

Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah Dijangka Sokong FBM KLCI Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 18 Jan(Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia...