Home Nasional 31 warga Myanmar ditahan, cuba seludup masuk negara
Nasional

31 warga Myanmar ditahan, cuba seludup masuk negara

31 warga Myanmar ditahan, cuba seludup masuk negara

ATM tahan 31 PATI warga Myanmar, cuba seludup masuk negara

BUKIT KAYU HITAM, 13 Januari– Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga kanak-kanak warga Myanmar yang cuba menyeludup masuk ke negara ini melalui laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kesemua PATI ditahan dikesan bersembunyi di ladang kelapa sawit berhampiran sempadan negara ketika pasukan keselamatan melaksanakan rondaan kira-kira pukul 6.00 pagi.

Kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada masing-masing 14 lelaki dan wanita serta tiga kanak-kanak berusia dua hingga 42 tahun.

Hasil siasatan mendapati mereka dipercayai memasuki negara melalui jalan yang tidak sah.

Turut dirampas sejumlah wang tunai, 23 buah telefon bimbit serta barang kemas dengan anggaran keseluruhan berjumlah RM 27,885.76.

Kesemua tangkapan diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

TDM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan.

Pasukan operasi akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan PATI.

Related Articles

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa
Nasional

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa

Rumah dipercayai milik seorang individu dikenali sebagai Joseph Jong Ngian ChongKUCHING, 3...

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto
Nasional

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto

FOTO FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang
Nasional

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang

FOTO BERNAMAKUCHING, 2 Februari- Situasi banjir di Sarawak menunjukkan sedikit perkembangan positif...

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Nasional

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan

Foto hiasan KOTA KINABALU, 2 Februari- Seramai687,031 pengguna elektrik berdaftar di Sabah...