Home Nasional Banjir: Penduduk terjejas di Pahang meningkat, Johor berkurang
Nasional

Banjir: Penduduk terjejas di Pahang meningkat, Johor berkurang

Banjir: Penduduk terjejas di Pahang meningkat, Johor berkurang

Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) New Kota di Kota Tinggi / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Januari – Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Di Pahang, jumlah penduduk terjejas di daerah Rompin yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Jawa setakat 8 malam ini meningkat kepada 168 orang daripada 40 keluarga, berbanding 152 orang daripada 36 keluarga petang tadi.

Menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Pantai 3, 4 dan Kampung Jawa.

Di Johor, jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 2,584 orang berbanding 3,118 orang direkodkan petang tadi, yang berlindung di 31 PPS di empat daerah terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan Kota Tinggi kekal mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi dengan 1,354 orang, diikuti Pontian (643), Kluang (534) dan Johor Bahru 53 orang.

Di Sarawak, jumlah penduduk terjejas yang dipindahkan ke dua PPS di Kanowit, Sarawak malam ini kekal 40 orang.

Sekretariat JPBN Sarawak memaklumkan PPS di Dewan Kompleks Sukan Kanowit menempatkan 20 penduduk daripada 13 keluarga, manakala 20 penduduk lagi ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Nanga Ngungun.

Di Perak, jumlah penduduk yang terjejas kekal 31 individu melibatkan sembilan keluarga di daerah Manjung setakat 8 malam ini.

Sekretariat JPBN Perak memaklumkan kesemua mangsa dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar masih ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas, Manjung.-BERNAMA

Related Articles

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa
Nasional

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa

Rumah dipercayai milik seorang individu dikenali sebagai Joseph Jong Ngian ChongKUCHING, 3...

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto
Nasional

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto

FOTO FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang
Nasional

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang

FOTO BERNAMAKUCHING, 2 Februari- Situasi banjir di Sarawak menunjukkan sedikit perkembangan positif...

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Nasional

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan

Foto hiasan KOTA KINABALU, 2 Februari- Seramai687,031 pengguna elektrik berdaftar di Sabah...