Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Meningkat Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Meningkat Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan,menurut peniaga minyak sawit David Ng.

“Kami menjangkakan harga akan diniagakan antara RM4,300 dan RM4,500 satu tanminggu depan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, peniaga minyak sawit kanan Interband Group of Companies Jim Teh menjangkakan sedikit pembetulan dalam niaga hadapan MSM dengan harga diunjurkanantara RM4,100 dan RM4,300 setan.

“Seperti biasa, kami akan memantau kedudukan saham Disember yang akan dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

“Dari segi permintaan fizikal, pembeli utama akan turut melibatkanChina, menjelang Tahun Baharu Cina, diikuti India, Pakistan, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah dan Timur Tengah,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Januari2025 jatuhRM13 kepadaRM4,710 satu tan bagaimanapun Februari2025 meningkatRM50 kepadaRM4,561 setan, Mac2025 melonjakRM23 kepadaRM4,391 setan, April 2025 naikRM38 kepadaRM4,285 satu tan,Mei2025 menambahRM48 kepadaRM4,209 setan dan Jun2025 menokokRM55 kepadaRM4,167 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 444,410lot daripada 280,197lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka jatuhkepada 229,080kontrak pada Jumaat daripada 223,618kontrak seminggu sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Disember Selatan merosotRM40 kepada RM4,760setan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...