Home Pasaran Aktiviti Ambil Untung Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Aktiviti Ambil Untung Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Aktiviti Ambil Untung Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Livevartha)– Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham wajaran tinggi terpilih, diheret turun terutamanya oleh kaunter perladangan.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.55 mata atau0.34 peratus kepada1,609.28 berbanding paras 1,614.83 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka mengukuh3.34 mata pada 1,618.17 dan diniagakan dalam julat 1,605.39 hingga 1,618.17 pada sesi dagangan pagi ini.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu716 berbanding232 manakala 469 kaunter tidak berubah, 953 tidak diniagakan dan10 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.97bilion unit bernilaiRM1.46bilion.

Sementara itu, firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (SEZ) mampu mengekalkan sentimen pelaburan yang positif dalam masa terdekat.

Sentimen optimis itu, katanya, ditegaskan lagi oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) serta perkembangan berkaitan pusat data walaupun di tengah-tengah senario tekanan jualan yang ketara.

“Selain itu, kita juga kekal optimis mengenai kaunter-kaunter berkaitan Pulau Pinang susulan pengumuman enam projek air bernilaiRM1.8 bilion dan bermulanyaprojek Transit Aliran Ringan Pulau Pinang.

“Berikutan itu, kami mengekalkan prospek memberangsangkan bagi sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan serta utiliti,” katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...