Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Bagi Hari Kedua
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Bagi Hari Kedua

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Bagi Hari Kedua

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 9 Jan(Livevartha) — Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), meneruskan penyusutan semalam ketika prospek ekonomi global terus memberi sokongan terhadap mata wang negara maju itu.

Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.5005/5055 berbanding dolar AS daripada 4.5000/5050, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Livevartha Indeks Dolar AS (DXY) terus menokok dan mencecah 109.147 mata selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS mengumumkan minit mesyuaratnya malam tadi.

“Daya tahan ekonomi AS serta pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung menaikkan kadar faedah, ternyata memacu pengukuhan dolar AS. Petunjuk seterusnya adalah data penggajian bukan perladangan yang akan diumumkan pada Jumaat,” katanya.

Selain itu, ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding yen Jepun kepada2.8466/8500 daripada 2.8449/8482 semalam namun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.5271/5332 daripada 5.6020/6083 sebelum ini dan naik berbanding euro kepada 4.6382/6434 daripada 4.6431/6483.

Unit tempatan itu juga diniagakan mengukuh berbanding mata wang ASEAN lain.

Ini termasuk meningkat berbanding baht Thailand kepada12.9937/13.0142 daripada 12.9949/13.0168 sebelum ini dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 277.4/277.9 daripada 277.5/278.0.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...