Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Teruskan Momentum Meningkat Pada Akhir Dagangan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Teruskan Momentum Meningkat Pada Akhir Dagangan

Niaga Hadapan Emas Teruskan Momentum Meningkat Pada Akhir Dagangan

KUALA LUMPUR, 8 Jan(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran peningkatan apabila ditutup lebih tinggi pada dagangan Rabu.

Perkembangan itu dicatatkan ketika peniaga menunggu pengumuman data pekerjaan penting Amerika Syarikat (AS) lewat minggu ini yang dijangkamempengaruhi trajektori penetapan kadar faedah utama Rizab Persekutuan AS (Fed).

Kontrak bulan semasa Januari2025 meningkat kepada US$2,666.90 setiap auns troy daripada US$2,655.10 pada Selasa manakala kontrak Februari2025 menokok kepadaUS$2,678.00 daripada US$2,666.20, semalam.

Selain itu, kontrak Mac2025, April 2025 dan Jun2025 juga masing-masing ditutup tinggi padaUS$2,686.90 setiap auns troy daripada US$2,675.00 sebelum ini.

Jumlah dagangan susut kepada tiga lot daripada 25 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka tidak berubah pada 14 kontrak.

Mengikut penetapanLondon Bullion Market Association pada 7 Jan, harga emas fizikal berada padaUS$2,650.85setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...