Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi JS-SEZ: Kerajaan tawar insentif cukai buat pelabur
Ekonomi

JS-SEZ: Kerajaan tawar insentif cukai buat pelabur

Foto hiasan / RTM

KUALA LUMPUR, 8 Januari-Pakej insentif cukai, ditawarkan Kerajaan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor.

Menerusinya, syarikat yang membuat pelaburan baharu di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan menikmati kadar cukai istimewa 5 peratus, sehingga tempoh 15 tahun.

Ia melibatkan pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan yang layak, seperti kecerdasan buatan (A-I), peralatan perubatan, aeroangkasa dan perkhidmatan hab global.

Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Johor dalam kenyataan bersama memaklumkan, kadar cukai korporat istimewa itu ditawarkan bermula 1 Januari lalu.

Insentif tambahan turut diperuntukkan untuk perniagaan yang beroperasi di kawasan utama di JSSEZ.

Selain, kadar cukai istimewa untuk pengambilan pekerja berpengetahuan sebanyak 15 peratus bagi tempoh 10 tahun.

Sementara itu,Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pakej insentif itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan hubungan manfaat bersama yang akan melonjakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.

Ia akan mempercepat kemasukan pelaburan berkualiti dalam sektor-sektor utama.

Seterusnya, mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi, dengan memanfaatkan kekuatan dan sinergi antara Johor dan Singapura.

Dalam perkembangan sama,Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pula berkata, pakej insentif JS-SEZ, memberikan rangsangan untuk meningkatkan kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan global.

Jelasnya, Kerajaan negeri juga bersetuju memperkenalkan duti hiburan pada kadar yang lebih rendah.

Butiran lanjut mengenai insentif cukai dan kawasan utama di zon ekonomi itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...