Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi ASEAN perlu sepakat laksana Cukai Minimum Global
Ekonomi

ASEAN perlu sepakat laksana Cukai Minimum Global

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 8 Januari – ASEAN perlu mencapai persetujuan bersama dalam pelaksanaan Cukai Minimum Global (GMT) bagi memastikan keadilan ekonomi dan kelestarian alam sekitar, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

Beliau menjelaskan pelaksanaan GMT akan membantu memanfaatkan sepenuhnya potensi ekonomi rantau ini, sekali gus memperkukuh kedudukan ASEAN di peringkat antarabangsa.

Menurut Liew, ASEAN perlu menegakkan piawaian alam sekitar yang lebih tinggi dan beralih ke arah pembangunan serta rantaian bekalan yang mampan.

\”GMT merupakan salah satu daripada isu yang ingin kami bincangkan dengan negara anggota lain. Tetapi objektif yang lebih luas adalah untuk memperkukuhkan rantaian bekalan, kedudukan kita sebagai kuasa pertengahan, dan memperkukuhkan ASEAN sebagai sebuah masyarakat kelas pertengahan yang kuat, seterusnya menjadi pasaran pengguna yang besar,\” katanya selepas berucap pada Persidangan Ekonomi ASEAN 2025.

Tambah Liew, ASEAN perlu bersatu untuk menyampaikan mesej jelas kepada syarikat multinasional mengenai kepentingan GMT dalam memastikan kesejahteraan rakyat rantau ini.

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...