Home Nasional SejaTi MADANI: 960 projek diluluskan di Perak
Nasional

SejaTi MADANI: 960 projek diluluskan di Perak

SejaTi MADANI: 960 projek diluluskan di Perak

Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak Mazlan Zurin Zulkifli (tengah) bergambar bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Makmur (JPKK) selepas Majlis Perasmian Projek Sejati MADANI Ternakan Ikan Air Tawar dalam Kanvas di Kampung Makmur, Sungai Galah hari ini/Foto BERNAMA

TANJUNG TUALANG, 7 Januari – Sebanyak 1,246 permohonan Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI) diterima di Perak bagi tahun 2024.

Daripada angka itu sebanyak 960 projek diluluskan melibatkan peruntukan berjumlah RM96 juta.

Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Mazlan Zurin Zulkifli, berkata sambutan terhadap program itu sangat menggalakkan, dengan penglibatan aktif penghulu, Pejabat Daerah, dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam merancang projek yang sesuai untuk komuniti setempat.

\”Di sinilah penghulu memainkan peranan kerana mereka memahami keadaan dan potensi ekonomi kawasan masing-masing. Terima kasih kepada penghulu, Pejabat Daerah, dan JPKK yang membantu merancang program sesuai dengan keperluan tempatan,\” katanya selepas menghadiri majlis perasmian Projek Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Kanvas di Kampung Makmur, Sungai Galah, pagi tadi.

Projek yang dimulakan pada Oktober 2024 itu dilaksanakan oleh JPKK Kampung Makmur dengan kerjasama Kolej Komuniti Pasir Salak.

Dalam pada itu, Pengerusi JPKK Kampung Makmur, Mohammad Fauzi Ahmad Shaharuddin berkata, sebanyak 33,000 benih ikan keli dan 20,000 benih ikan puyu diternak dalam 10 kolam kanvas khas.

\”Setakat ini, kami utamakan permintaan masyarakat tempatan dengan harga lebih berpatutan. Permintaan dari luar pula akan dijual mengikut harga pasaran, tetapi penduduk diberi keistimewaan kerana pulangan projek ini adalah untuk mereka,\” katanya.

Related Articles

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa
Nasional

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Batu Kawa

Rumah dipercayai milik seorang individu dikenali sebagai Joseph Jong Ngian ChongKUCHING, 3...

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto
Nasional

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto

FOTO FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang
Nasional

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang

FOTO BERNAMAKUCHING, 2 Februari- Situasi banjir di Sarawak menunjukkan sedikit perkembangan positif...

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Nasional

SESB beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan

Foto hiasan KOTA KINABALU, 2 Februari- Seramai687,031 pengguna elektrik berdaftar di Sabah...